Muzik luahan hati

Monday, March 4, 2013

Pray for Sabah

Malaysia oh Malaysia. Kita dikejutkan dengan "Tragedi" tuntutan kesultanan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah. Yang mana bermula 9 Februari. Tapi pada waktu itu berapa ramai yang cakna dengan kisah ini. Sehinggalah mereka memulakan serangan pertama pada 1 Mac. Kita tahu tika itu ramai bersuara di lama sosial (saya fokuskan facebook) antara nya:
1. Mana kerajaan, apa kerajaan buat ? 
2. Malaysia berlembut sangat, nak runding lama lama.
3. Menteri tido ke?
4. Maritim tak jaga sempadan ke?
5. Malaysia tunggu apa lagi, sampai bila nak berlembut.?
Nah, rasanya korang pun bacakan. Status status yang lebih kurang macam ni. Lebih hebat lagi sehari selepas tragedi bermacam spekulasi yang timbul. 
Parti A tuduh parti B dalang pencerobohan
Parti B tuduh parti A adakan kerana mahu tunjuk PRU 
 Yah semua berpolitik busuk PARTI A PARTI B "You are just the same!". Sedangkan Pejuang Pejuang tanah air sedang menjaga tanpa sedikit rasa paksa. Tapi alhamdulillah masih ramai juga yang tidak mempolitikkan perkara perkara sebegini. Dan tak putus berdoa momohon perlindungan dan kesejahteraan warga Sabah. Dan hari ni (4/3/12) terbaca satu post bertajuk: SMS TERAKHIR SEORANG SYUHADA VAT69 YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU.
 Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan. jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.
Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.
Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara.
Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia.
Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.
Walaupun ianya mungkin sekadar sebaran tanpa penghantar. Tapi hati tetap tersentuh. tak kurang juga anak anak seorang polis yang sentiasa merisaukan bapa mereka yang dihantar bertugas ke sana. Tapi sayang masih ada mulut berbau busuk lantang bersuara "Ala polis pergi sana taknak bagi ATM sebab nak naik gaji" Cakap tanpa sedikit pun rasa bersalah.
"KENAPA KERAJAAN BERLEMBUT SANGAT!" Suara lantang pejuang pejuang papan kekunci. Bagaimana kekerasan yang kalian inginkan? Serangan Balas ? Serangan habis habisan? tak ke kalian rasa tindakan sebegitu lebih mengundang kepada lebih banyak pertambahan jumlah terkorban ataupun cedera. Oh pahlawan papan kekunci. Belum ternampak lagi solusi yang baik kalian cadangkan hanya tohmahan dan caci maki.
Percayakan pejuang pejuang kita, percayakan kuasa Doa, percayakan Allah SWT, Dia  sebaik baik perancang. Semoga kita. Semoga pejuang pejuang kita dilindungi dan bagi yang telah terkorban takziah. Moga jasamu terbalas, terbayar di Akhirat kelak. 

PRAY FOR LAHAD DATU, SAMPOERNA,  KUNAK
PRAY FOR SABAH, MALAYSIA
PRAY TO ALLAH SWT

P/S: Maaf ini bukan fakta. tapi ini pandangan aku.