Muzik luahan hati

Thursday, February 21, 2013

PELAMIN ANGANKU MUSNAH

Tajuk panas.............. zzzz by da way ini adalah antara kekecewaan terbesar yang pernah dialami... Keputusan temuduga SPA tak lulus. haih.susah betul nak masuk sektor kerajaan ni. Apa yang susah pun tak tau. Takda rezeki, tak cukup usaha, tak cukup doa. Itu sebab utama kenapa tak dapat. Dia sebaik pemberi, perancang dan penentu segala yang berlaku. REDHA. Meneruskan latihan di PSDC dengan lebih gigih dengan harapan inilah jalan terbaik yang telah ku pilih. 





 

Tuesday, February 12, 2013

Hamba Mu....

       Aku ini hamba Mu yang sering alpa, sering leka dengan bisikan syaitan terlalu lemah diri ini melawan hasutan dan bisikan syaitan. Allah aku sedar diri ini terlalu hina disisi Mu. tapi aku damba cinta Mu, cinta Mu Maha Pemurah lagi Maha Penyang. Ya Khaliq, usah kau hentikan hidayahMu kepada ku, ku damba taufik Mu supaya aku tak lepas dari sinar Mu. Supaya tidak aku berada didalam kegelapan jauh dari hidayah dan taufik Mu. Ya Rahman aku ini insan hina yang mengharap keberkatan dari Mu. Terlalu kerdil diri ini dengan ajaran Mu, terlalu angkuh dengan ilmu Mu. Ya Rahim andai masa ini boleh diputar pasti akan ku putar. Andai masa ini boleh ku ulang tak mungkin ku pilih jalan hidup sebegini. Ya Khabir, Kau maha mengetahui apa yang terbaik buat ku. kau maha mengetahui bait bait perkara buruk yang telah aku lalui. Ya Ghafur, pada mu sahaja ku bermunanjat memohon keampunan pada mu sahaja ku dambakan keampunan Ya Wadud, Ya Tawwab.........


cinta itu

(repost)

saat cinta kau hargai
apa pun kau ingini
segalanya kau hadapi
asal segalanya kau punyai.

kini segalanya berlalu pergi
kau lalui penuh sepi
sampai bila perlu begini
meniti tiap saat berlalu pasti

ucaplah sayang selagi punyai masa
ucaplah sayang selagi kau rindu
usah kau tangisi tika tiada
usah kau sesali saat berlalu segala

andai tertulis dia buatmu
usah diragu kepastian itu
andai cinta itu bukan punyaan mu
usah tangisi pasti ada y menunggu


inspired by: Allah S.W.T
karya: insanhina
3.26   22/11/2010

Monday, February 11, 2013

Muhasabah diri

(REPOST) 
setelah sekian lama. akhirnya bermood untuk menulis :) saja aku pilih font besar supaya nampak banyak dan panjang.

hidup kadang2 bukan macam yang kita impikan bukan macam y kita mahukan.tapi kenapa? hurm sebab xsemua apa y kita nak.xsemua y kita rasa baik untuk kita akan datang, akan kekal baik untuk kita.kita xtahu kan.tp Dia, Dia tahu segalanya. Allah S.W.T maha mengetahui.maha menyayangi, sebab tu kita sentiasa dapat apa y terbaik.mungkin bukan yang terbaik untuk hari ni, tapi untuk hari akan datang. yang pasti untuk diri ini, perlu bersyukur dengan apa yang ada, perlu bersyukur dengan ketentuan nya, perlu bersyukur dengan kehendaknya.




Mengemis Kasih

Tanpa kita sedar setinggi mana darjat kita disisi Allah. Sedang ustaz ustaz, alim ulama sendiri takutkan Neraka tapi kita ego umpama seorang yang maksum tanpa dosa. Tak putus dengan dosa. tapi mengharap syurga.. Mengharap hidayah menyedarkan diri, tapi tak sedar hidayah itu dicari bukan dinanti. Betapa hina nya diri kita disisi nya. Terlalu jauh dari rahmat nya. Ya Allah jangan sekali kau hentikan hidayah mu kepada hamba- hamba Mu. Aku ini hambaMu yang sentiasa melakukan kesilapan.

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Friday, February 8, 2013

Bertunang?


Sebelum baca tu, bukan apa saja je kongsi artikel ILUVISLAM ni, takda makna apa pun, cuma before this pernah tersalah tafsir, Bertunang ni ingatkan adat. Tapi lepas baca baru faham Bertunang ni adalah satu tuntutan(Harus). Tapi elok nya lepas bertunang dipercepatkan pernikahan. Dulu ingat, satu hari nanti kalau nak kahwen taknak tunang tunang, terus je nikah. huhu. kalau ikut UAI kalau lamar lamar kat tpone ni pun da kira bertunang.tak payah melalui keluarga.tapi kan lagi elok melalui keluarga supaya beroleh keberkatan dan doa dari keluarga. hehe so jemput baca atrikel yang saya  ambil dibawah.
Bertunang, Antara Disiplin Dan Adab Yang Terabai

Bertunang adalah salah satu tuntutan di dalam islam, ianya adalah sebagai satu permulaan kepada setiap pasangan untuk mengenali antara satu sama lain. Namun di alam era serba canggih kini, kita sering mengabaikan displin dan adab – adab semasa bertunang.
Ramai yang salah faham mengenai konsep bertunang, bagi mereka apabila sudah bertunang maka mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Bebas berdua – duaan, bebas bergambar bersama, bebas keluar ber'dating' dan sebagainya. Islam tidak mengajar umatnya sedemikian, zalim pada diri sendiri dan zalim pada orang lain. Agama islam adalah syumul, adil serta cantik aturannya.
BERTUNANG
Pertunangan merupakan mukadimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.
Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.

Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab-adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan) .
Antara  adab-adab semasa bertunangan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian :
Adab dalam bergaul
Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan ). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah :" Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. "
3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan
apa saja.
Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan .

Tempoh pertunangan
Pada hakikatnya islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:
1 . Dalam tempoh pertunangan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasngan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasanga itu sendiri.
2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya .
3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadaka pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat dimani oleh Muhram.
4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.

Serta banyak lagi
Akhir kalam, jaga hati, jaga iman, jaga ahlak, jaga amal dunia dan bekalan akhirat jangan fikir apabila telah bertunang kita "bebas" melukakan apa - apa sahaja. Ingat bertunang itu belum tentu lagi si "dia" akan jadi milik kita, kecualilah apabila di ijab kabulkan barulah si "dia" betul-betul milik kita..
" Apabila salah seorang daripada kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk berkahwin, maka lakukanlah!" (HR. Abu Daud)

Biodata Penulis

Faradilla Nasha Bt Bazam Merupakan mahasiswa jurusan fiqh wal usul Universiti Al Bayt Jordan. Beliau berkongsi karya di http://thezikrullah.blogspot.com.

Monday, February 4, 2013

Hidayah Mu


Lagu pertama gubahan ku. Disampaikan oleh Anak buah ter"sayang" As-Safiyyah. Jijah, Erma, Ecah, Ina, Ena dan Fadzilah. Lagu ni membawa maksud tersendiri dari jiwa yang sering mengharapkan hidayah Allah. Moga bermananfaat untuk semua.
Wahai Tuhan agung disembah
aku bersujud pada Mu
Wahai Tuhan agung kucinta
aku bermohon pada Mu

Oh ya Allah ku bermohon hidayah Mu
cahaya cinta dan redha Mu
Rahmat Mu yang ku  rindu

[Cho]
Tuhan ku kau lah yang ku rindu
hanya pada Mu yang satu
Cinta indah mengharap redha Mu
Iringan tasbih cinta ku  

Tuhanku kau lah yang satu
Tetapkan Jiwa  merindu