Muzik luahan hati

Monday, January 31, 2011

emo[keadaan di mesir]


begini lah situasi di Mesir sekarang.urgh!! Tak aman langsung. Tetiba aku merisaukan seorang sahabat lama ku yang kini berada di Egypt.actually aku da tau keadaan dieorg ni agak lama da sebab ada sembang2 dengan dia kat Facebook hari tu.tp lately isu ni makin hangat. last entry blog, dan status FB dia kata Alhamdulillah keadaan kat kawasan dia (egypt) masih ok lagi,tenang. walaupun OK kita tetap risau dengan keadaan mereka kat sana.apelah kerajaan pon xmampu nk lawan rakyat.lagi parah sampai balai polis pon kena pecah masuk.teruk nya rusuhan kat sana.and ada jugak kabar yang xsedap didengar sampai kan ada pelajar malaysia kena rogol.sejauh mana kebenaran xdapat nk pastikan.teruk nya negara kau! hope kerajaan dapat support dieorg balik if keadaan makin tak terkawal.. kesian la kat anak Malaysia. duk blajar jauh2.xkan nk support tiket balik pon xboleh. and sangat kesian dengan dieorang kat sana.semua laman sosial kena block,and kata sahabat disana ada kemungkinan juga internet pon diblock..xdapat nk berubung dengn dunia luar dieorg.KERAJAAN MALAYSIA TOLONG AMBIL TINDAKAN. sama2 la kita berdoa untuk mereka.

Sunday, January 30, 2011

kunci itu


post hari ini menceritakan hujung minggu yang terbaik dan sangat best.kejadian bermula dengan hari jumaat.selepas mandi.sebelum mandi ku biarkan bilik tidak berkunci.tetapi aku mempunyai housemate yang perihatin kerana dia tolong kuncikan bilik aku.huhu.yelah salah aku, sape suh xbawak kunci! nasib ada kain pelekat yang xdiangkat diampaian.ku tunggu waktu bertukar sehingga jam 1030 untuk ke pejabat.tetapi sangat malang.FELO CUTI.

yeah.aku call tetapi telefon ditutup.menarik bukan.bayangkan hidup tanpa dompet dan handphone.ergh.smlm jugak 1st time makan meggi satu bungkus.setelah sekian lama xmakan.ergh~ terpaksa ambik meggi housemate untu mengisi kekosongan perot. jam 11 dengan harapan yang menggunung aku pinjam hanphone kawan ku.dan memesej felo tersebut.tetapi tidak terbalas.terima kasih felo.ku gagahi langkah kerumah felo.tetapi bermangga.ye felo bercuti.selamat bercuti felo.sambung meniduri diri hingga jam 6 petang.housemate bernama mamat. mengejut.bilik terbuka dengan kepakaran seorang student Master.hanya menggunakan dawai.

berbanding aku yang puas mengetok pintu degil itu dengan batu, tukul dan kasut.


kEsimpulan yang dapat dibuat.bawalah kunci kemana mana anda pergi .hargai dompet dan talifon anda. dan TERUSKAN SIKAP MALAS MENGANGKAT BAJU,KERANA SANGAT BERGUNA JIKA TERKUNCI.

Friday, January 28, 2011

kosong

jam sekarang 00:49 aku suka ingatkan diri aku.jangan lupa memandang ke belakang tatkala kita sedang maju lurus kehadapan.mengapa? supaya kita sentiasa ingat dengan apa y pernah kita lakukan sebagai panduan untuk kita terus berjalan. tetapi kenapa ada yang berkata. "perkara yang lalu usah dikenang?", "jalan lurus kehadapan usah toleh kebelakang?". setiap orang ada persepsi tersendiri. berbeza pendapat.

00:57 sangat terasa kosong. emosi fikiran naluri dan segalanya mengosong. mungkin kerana cuaca sekarang hujan diluar.adakah kaitan antara itu.?
alamak.terdengar lagu mariah carey pulak.my All.urgh menjiwa nya lagu nie.haih.berhenti la perasaan dari terus mengosong.


owh yaa..haritu ada orang tegur.afham gila jiwang blog kau?haha.maaf la.bukan jiwang.tapi bagi aku sekadar luahan hati dan jiwa yang saling berkait rapat.begitulah emosi yang diluah kan melalui tulisan dan juga selalu nya diterbitkan bersama irama dan lagu.

Wednesday, January 26, 2011

update papagi

hari ini hari khamis sedikit membuang tabiat.kerana terupdate blog terawal pula.start this morning with kelas yang lambat mula.tutor lambat mai~tapi xpa.dia cool.15 minit bincang da abis.haha.camtu la bagus.ringkas dan padat.yang penting penyampaian berkesan.

owh ya semalam dapat baju baru.bungkusan dari semenanjung.bukan siapa-siapa yang bagi.tetapi beli online di lama sosial Facebook.jersi malaysia.wah2.baru nk beli.hahayang penting dibelakang bendera malaysia tertulis Tanah Tumpah Darahku.ya sememangnya aku patriotik.huhuhu

sekadara berkongsi dengan korang lagu baru yang baru sahaja mengclick nya sebentar tadi lebih kurang jam 9.15 pagi.lagu bertajuk:

Percaya Padaku.nyanyian Ungu.

Ungu Percaya Padaku Lyrics
Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

[*]
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

[**]
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh

Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Back to [*][**]
Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

very nice song to share dengan korang.selamat mendengar. feel free to search kat youtube

dan akhir sekali mahu berkongsi quote untuk hari ini bersama kalian:

"memudahkan sesuatu perkara,memudahkan kita untuk satu ketika.awas tak semua boleh dimudah kan,kelak memudaratkan :)"

renung2kan selamat beramal.

Saturday, January 22, 2011

kemurungan

so hari ni aku bangun awal then aku tido balik.last2 aku bangun pukul 1230.then aku start pagi dengan FB.ya laman sosial dialam maya tu. ntah kenapa baca post sndiri pon boleh sedih.adeh.yaaa i mean my previous post.huhu. begitulah cerita hidup yang mudah disampaikan melalui lirik dan alunan melodi.hari ni pukul 2 aku ada last selection untuk bola sepak liga IPT.tapi aku xdapat nk g.maklum la.wat kat luar kawasan Universiti ni. kira rezki xda la tu kan.nk wat camna. redha."TAK SEMESTINYA APA Y KITA NAK KITA AKAN DAPAT" ya dats my word rite now.selalu dengan ayat tu.
Pedulikan perasaan itu sekarang,aku tukar dengan kegembiraan yang teramat sangat terhadap kawan aka sahabat aka teman aku.yaaaa.ternyata aku sangat gembira bila dia gembira skrg.      
                                                                         
akhirnya orang sabah jugak yang dipilih.gemibra melihat kalian bersama :') tapi aku? urgh!!!!xperlu pikir perasaan bodoh ni."TAK SEMESTINYA APA Y KITA NAK KITA AKAN DAPAT"yeah dats the word.
tak perlulah nk pikir apa yang xperlukan?dia mesti dah gembira sekarang tanpa aku.huhu.as salam.

Friday, January 21, 2011

embun pagi

melayan perasaan di waktu pagi yang sunyi sepi ternyata indah sekali.banyak yang ku fikirkan,banyak yang ku kenangkan, banyak yang ku rindukan. nyata kehidupan kini jauh berbeza dengan kehidupan lalu. tapi tiada yang harus disesali kerana setiap yang berlaku itu adalah kerana ketentuan dariNya.

 dan secara tiba2 aku terdengar lagu Aku Bukan Untuk mu. sang by Zaf & Lah VE. actually lagu ni lagu Rossa.Lirik lagu ni sangat best.sangat mendalam.sangat mengenai jiwa di kala pagi ni. perlukah untuk teruskan memikirkannya.
 dalam hidup ini xsemua yang kita pilih adalah baik untuk kita.sebab tu xsemua apa y kita nak ada kalanya kita xdapat.
hayati lirik lagu ni ye:

Aku Bukan Untukmu - Rossa
dahulu kau mencintaiku
dahulu kau menginginkanku
meskipun tak pernah ada celaku
tak berniat kau meninggalkan aku

* sekarang kau pergi menjauh
  sekarang kau tinggalkan aku
  di saat ku mulai mengharapkanmu
  dan ku mohon maafkan aku

reff: aku menyesal tlah membuatmu menangis
dan biarkan memilih yang lain
tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
pasti itu terbaik untukmu

janganlah lagi kau mengingatku kembali
aku bukanlah untukmu
meski ku memohon dan meminta hatimu
jangan pernah tinggalkan dirinya
untuk diriku

macam kena je dengan aku.huhuhu.xpa2 aku sorang je faham. tapi aku lebih suka versi Lah & Zaf ni berbanding Rossa. kerana lirik dan pembawakan nya.
 

Monday, January 10, 2011

mengenangkan

angin petang sepoi bahasa,awan redup mengundang gerimis..memang menarik untuk aku mengenakan kisah2 lama.wah~banyak betul kisah2 menarik nie..yang pasti aku patut bersyukur dengan kehidupan yang dikecapi sekarang ini.
 
tempat bermulanya ilmu2 ku dicurahkan.huhuhu 2kali tukar kalau xsilap.biasa la kecik malas belajar :D.  kawan aku y masih aku ingat sampai sekarang.namanya auni hasnun sanga lama. kenal dengan beliau then masuk la darjah satu...
 bukan disekolah ini ku bermula.huhuhu.darjah satu masuk SK BATU LAPAN.skrg nama dia SK Fakeh kalau xsilap.pastu pindah dekat ngan umah :) senang nk pape.huhu dekat ngan umah kan sekolah rendah aku dari darjah 1 sampai 6.huahuahua.sekolah ni berjaya melahirkan budak baik macam aku :)huahuahua.kat sana jadi org panggil aku anak cikgu :D yelah sebab mak aku mengajar kat situ.huuuu~ ape y menarik kat sekolah ni, still sama sekolah ngan mek senun :) mmg kenal lama lah dia nie.xbanyak kenangan menarik kat sekolah rendah ni.huhu.
 sekolah menengah kebangsaan bukit rangin.disini banyak pengalaman unt dikongsi.paling seronok pengalam berpengakap.menjadi ketua :) yeah.aku suka berpengakap sebab seronok..join kempori itu ini.wat aktiviti itu ini.yang paling penting ialah anak2 buah gembira :) then kat sini start bernasyid,walaupun beri kenangan buruk kat aku.tp xpalah aku redha,tp aku benci itu cikgu kerana buang aku.untuk kepentingan sendiri dan nama?biarlah..


selepas itu ku sambung pengajian peringkat diploma di kolej profesional mara indera mahkota.kembali aktif dengan nasyid dan membawa kumpulan aisar.alamdulillah mereka2 sekarang ni,jauh lebih baik selepas ketiadaan aku.tp aku tetap gembira dan bangga kerana berjaya meninggalkan nama aisar disitu.banyak suka banyak juga dukanya.banyak manis nya banyak pahitnya.DIBANNED. itu lah pengalaman paling menarik disana.politik itu kotor.huhu.dikolej ni aku berfasilitator.and program terbaik aku adalah program khidmad masyarakat dengan budak2 sekolah SKAP.

 kelopak jantung :D


terima kasih kepada mereka2 yang menjemput saya menjadi koordinator unt program ni
.......

malam ini..

nak dengar lagu ni kena stop playlist dulu ye,kat tepi sebelah kanan :)
assalamualaikum~
tiba-tiba fikiran berlari mecari langit.bercelaru tatkala hujan merintik.urm sedih?yup sedih.rindu?yup sangat rindu.urm...

cinta antara kita tiadapenghalang nya
walau akhir usia ku kan setia menunggumu

verse ni best sangat.paling best bila dia nyanyi sama2 T_T urm..xpalah biarkan yang berlalu dengan memori yang indah.tiada dendam cuma kenangan manis yang akan sentiasa kekal dalam hati ni.(kalau la dia baca ayat ni)tapi mesti dia xbaca.urm~ 

mungkin ku harap jua kau rinduku sebagai mana ku merindu mu


this part also..nice sangat.wah malam2 layan perasaan.urm
apa pon hari ni agak gembira,sebab terpilih untuk pemilihan seterus nya.pemilihan bola sepak lah :) ada rezeki rabu ni tau la keputusan sama ada aku dapat tak.posisi?masih dibahagian pertahanan.
wasalam~

Monday, January 3, 2011

mengarut

aku nk memblog.tp aku xtau nk tulis apa. xtau nk taip ape.pelik.tu la dulu gatal2 sangat buat blog.haiah.aku nk sangat buat lagu.tp ntah kenapa xda langsung ilham nk turun.kenapa dulu time putus cinta ilham duk mari2 je.haih.xkan nk kena duk putus cinta lagi kot.aku nk buat lagu.tp aku xda bakat.huhu.aku nk nyanyi tapi mic aku tinggal kat rumah.aku nk tido.tp tangan dok gatal nk buka blog.ceit.merapu!