Muzik luahan hati

Tuesday, February 12, 2013

Hamba Mu....

       Aku ini hamba Mu yang sering alpa, sering leka dengan bisikan syaitan terlalu lemah diri ini melawan hasutan dan bisikan syaitan. Allah aku sedar diri ini terlalu hina disisi Mu. tapi aku damba cinta Mu, cinta Mu Maha Pemurah lagi Maha Penyang. Ya Khaliq, usah kau hentikan hidayahMu kepada ku, ku damba taufik Mu supaya aku tak lepas dari sinar Mu. Supaya tidak aku berada didalam kegelapan jauh dari hidayah dan taufik Mu. Ya Rahman aku ini insan hina yang mengharap keberkatan dari Mu. Terlalu kerdil diri ini dengan ajaran Mu, terlalu angkuh dengan ilmu Mu. Ya Rahim andai masa ini boleh diputar pasti akan ku putar. Andai masa ini boleh ku ulang tak mungkin ku pilih jalan hidup sebegini. Ya Khabir, Kau maha mengetahui apa yang terbaik buat ku. kau maha mengetahui bait bait perkara buruk yang telah aku lalui. Ya Ghafur, pada mu sahaja ku bermunanjat memohon keampunan pada mu sahaja ku dambakan keampunan Ya Wadud, Ya Tawwab.........


No comments:

Post a Comment