Muzik luahan hati

Tuesday, November 2, 2010

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SEHAT

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SEHAT


Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah 
melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. 
Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, 
tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada
 perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan
 kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, 
kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, 
meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh 
meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau 
menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan 
tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. 
Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan 
darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih 
setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. 
Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras 
setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.




Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Sila share dengan sesiapa yang kalian suka...

Salam Ukhuwah..~

2 comments:

  1. if laki minta maaf kat laki.? cam na lak? gol terus ke? hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha....kira goal terus la tu...

    ReplyDelete